Tempatan

Senarai Kawasan Hotspot Banjir Mengikut Negeri Bagi Tahun 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Oktober 2022 – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengeluarkan senarai kawasan ‘hotspot’ banjir mengikut negeri bagi tahun 2022 sebagai langkah awal bagi menghadapi bencana itu.

Berikut adalah senarai kawasan yang telah dikenal pasti:

Bagi negeri pantai timur, Pahang merekodkan 763 kawasan membabitkan daerah Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Lipis, Bera, Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran, manakala Terengganu (300) membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, diikuti Kelantan (595) melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Gua Musang, Bachok, Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Kerai.

Johor pula dengan 432 kawasan di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru, 369 di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Rembau serta 157 lokasi di tiga daerah Melaka iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

Seterusnya, Selangor melibatkan 339 kawasan di sembilan daerah, iaitu Petaling, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (48) pula adalah Pusat Dagangan Dunia (WTC), Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, Kampung Kassipilay, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak (Wisma BERNAMA), Jalan Pekeliling, Kampung Puah dan Jalan Kolam Air.

Selain itu, Bulatan Dato Onn, Bulatan Pahang, Kampung Chubadak, Pekan Salak Selatan, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pahang, Jalan Segambut, Segambut Bahagia, Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Raja Chulan.

Turut berisiko, Jalan Tun Perak, Jalan Cheras, Razak Mansion, Jalan Pudu, Universiti Malaya (UM), Masjid Jamek, Jalan Duta, Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, LRT Sungai Besi, Tol Kesas, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng, LRT Bangsar, Jalan Travers dan Kepong Baru.

Sementara itu, di Perak, 265 lokasi membabitkan 12 daerah iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk, Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

Manakala, Pulau Pinang (229) membabitkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, di Kedah (373) membabitkan daerah Langkawi, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim Bandar Baharu, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena Sik dan Baling dan Perlis (54) di daerah Kangar, Arau dan Padang Besar.

Di Sarawak, KASA mengenal pasti 1034 kawasan ‘hotspot’ iaitu senarai tertinggi di Malaysia.

Antara kawasan terlibat adalah 12 daerah, iaitu Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Kuching, Bintulu, Serian, Limbang, Miri, Kapit, Sri Aman dan Samarahan.

Seterusnya, di Sabah, 520 lokasi membabitkan 17 daerah, iaitu Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Membakut, Sipitang, Kota Belud, Beaufort, Tenom, Tawau, Semporna, Kinabatangan, Sandakan, Pitas, Kudat dan Kota Marudu dan akhir sekali, Wilayah Persekutuan Labuan dengan 18 lokasi.

Senarai-hotspot-banjir.jpeg?resize=687%2C387&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: