Tempatan

Senarai Kabinet: Ismail Sabri Selesai Menghadap Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 26 Ogos 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang hari ini.

Menurut Facebook Istana Negara, dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9.

“Sesi menghadap hari ini merupakan yang kali kedua bagi YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku Perdana Menteri. Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu.”

Portal-portal berita melaporkan bahawa Ismail Sabri dijangka akan mengumumkan senarai nama barisan Kabinet baharu minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: