Antarabangsa

Semua Wanita Diberi Hak Gugurkan Anak – Mahkamah Agung India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 30 September 2022 – Mahkamah Agung India memutuskan bahawa kekurangan status perkahwinan seorang wanita tidak boleh menafikan pilihannya untuk menggugurkan kehamilan pada bila-bila masa sehingga 24 minggu.

“Wanita yang belum berkahwin pun boleh menggugurkan kandungan sehingga 24 minggu setanding dengan wanita yang sudah berkahwin,” kata Hakim D.Y. Chandrachud dari Mahkamah Agung India.

Menurut laporan, para aktivis hak wanita menyambut baik berita gembira yang memberikan akses setara bagi perempuan yang menikah maupun yang tidak menikah yang diumumkan Hakim D.Y. Chandrachud, semalam.

“Keputusan itu adalah satu peristiwa penting untuk hak wanita India.”

Selain itu, Ahli Parlimen India Mahua Moitra memuji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Agung India itu sebagai satu langkah besar ke hadapan.

Keputusan tersebut dibuat adalah sebagai tindak balas kepada petisyen seorang wanita yang mengatakan kehamilannya berpunca daripada hubungan suka sama suka dan dia telah memohon untuk melakukan pengguguran tetapi ianya telah gagal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: