Antarabangsa

Semua Sistem Jepun Tolak LGBT – Pendakwah Jepun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEPUN, 30 Januari 2022 – Semua sistem di Jepun langsung tidak menerima LGBT walaupun warga Jepun tidak diberi pilihan selain terpaksa menerima gerakan tersebut, menurut Haji Zulkarnain Hasan Basri, pendakwah Malaysia yang bermastautin di Jepun.

“Tandas mereka hanya untuk lelaki ataupun wanita. Bilik mandi umum mereka hanya ada untuk lelaki dan perempuan. Borang-borang pendaftaran hanya ada ruang lelaki ataupun wanita.”

“Tiada sistem untuk support LGBT, tetapi mereka tak mampu menolaknya.”

“Di TV pun muka mereka ini ditutup kerana malu. Tidak dipampang dengan jelas siapakah yang mengamalkan LGBT.”

Masyarakat Jepun terpaksa berpura-pura menerima gerakan LGBT walaupun perkara itu tidak selari dengan sistem kehidupan dan logik mereka memandangkan tiada “standard hidup” untuk diamalkan, menurut pendakwah di Jepun itu.

“Bagi warga Jepun, mereka tiada pilihan lain selain terpaksa menerima gerakan LGBT. Kepada warga pekerja kerajaan yang menolak LGBT, silap haribulan mereka boleh dibuang kerja kerana tidak mengiktiraf LGBT.”

“Mengapa mereka tak mampu menolak LGBT walaupun mereka tahu ianya tidak logik?”

“Ini kerana mereka sebenarnya tiada “standard hidup.”

“Mereka hidup ibarat lalang. Hanya mampu hidup mengikut arus semasa. Melawan arus bulanlah option yang boleh mereka pilih.”

Haji Zulkarnain Hasan Basri meminta umat Islam agar mendoakan lebih ramai warga Jepun mendapat hidayah syahadah, dan juga doa supaya para pendakwah di sana diberi lebih kekuatan dan keberkatan bagi meneruskan misi amanah perjuangan Islam di sana.

“Alhamdulillah, Allah memberi kita Furqaan yang mampu memberi kita halatuju dan juga sistem hidup, menentukan mana yang benar dan mana yang salah. Kita juga mampu menolak perbuatan yang songsang ini kerana Tuhan Sekalian Alam telahpun memberikan kita panduan untuk hidup.”

“Alhamdulillah. Kita juga tak perlu berpura-pura menerima perbuatan yang songang ini. Bagi non-muslim, mereka tiada pilihan.”

“Doakan semoga lebih ramai mereka diberikan hidayah untuk memeluk Islam.”

“Doakan agar kami yang berdakwah di sini dilindungi Allah sentiasa, diberikan ilmu, diberikan hidayah, diberikan kekuatan, petunjuk, kepetahan untuk berkata-kata, sentiasa merendah diri, dimurahkan rezeki, disatukan hati dan dibimbing Allah ke jalan yang lurus.”

Kita juga boleh turut sama mengambil keberkatan dalam usaha dakwah di sana melalui sumbangan kita kepada pihak Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit.

Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Malaysia (Zakat, Infaq dan Masjid)
CIMB Account Bank
Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)
Nama: DIDBMT ENTERPRISE
(No pendaftaran:002917724-D)
Current Account : 8603519647

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: