Antarabangsa

Terkini : Gempa Kuat Melanda Sumatera Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

JAKARTA, 24 Ogos 2022 – Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan kajiannya mengenai gempa bumi berukuran 6.0 skala richter yang melanda perairan pantai barat daya Pulau Sumatera, Indonesia, sekitar jam 9.30 (1430 GMT) malam tadi serta menganggarkan kemungkinan berlaku sedikit kerosakan di pulau tersebut.

Gempa bumi cetek yang berlaku berdekatan dengan wilayah Bengkulu, Sumatera Selatan dan Lampung itu memaksa orang ramai meninggalkan kediaman mereka dalam kadar segera namun setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan serta tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Dalam pada itu, Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BKMG) yang berada di laut kira-kira 64 kilometer dari pantai mengklasifikasikannya sebagai gempa bumi berukuran 6.5 magnitud.

Bagaimanapun, agensi itu menasihatkan penduduk tempatan agar sentiasa berhati-hati dengan sebarang kemungkinan berlakunya gegaran susulan.

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ia sering mengalami gempa bumi. Gempa bumi besar terakhir yang melanda negara itu ialah pada Mac lalu, di mana gempa 6.7 magnitud melanda pantai barat pulau Sumatera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: