Antarabangsa

Pendirian WEF Menyebelahi Israel, Turki Tidak Hadir Perjumpaan Di Davos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 16 Januari 2024 – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengarahkan Menteri Kewangan negara tersebut, Mehmet Simsek agar tidak menghadiri perjumpaan World Economic Forum (WEF) di Davos pada minggu ini.

Tindakan tersebut diambil berikutan pendirian WEF terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pihak Israel terhadap warga Gaza.

Oktober lalu, pengasas WEF, Klaus Schwab telah mengeluarkan kenyataan yang mana beliau telah menyifatkan Hamas sebagai pengganas. Beliau telah membuat kejian terhadap Hamas dengan menyifatkan tindakan Hamas sebagai “serangan pengganas terhadap Israel.”

Erdogan telah lama dikenali dengan sikapnya yang secara terbuka mengkritik entiti haram Israel. Beliau telah menyatakan bahawa Israel telah membuat “pembunuhan besar-besaran” di Gaza.

Beliau juga sebelum ini telah membuat pengisytiharan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu “tiada beza dengan Hitler.”

Erdogan sudah tidak lagi ke Davos bagi perjumpaan WEF sejak 2009, di mana sewaktu masih bergelar Perdana Menteri beliau telah berdebat dengan Perdana Menteri Israel Shimon Peres tentang serangan entiti haram tersebut terhadap Gaza pada tahun sebelumnya.

Sewaktu debat tersebut, Erdogan kemudiannya telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan kembali ke Davos lagi setelah ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: