Tempatan

Semua Ahli Parlimen DAP Sarawak Mesti Letak Jawatan! – Voon Lee Shan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 04 Oktober 2022 – “Bagi mengembalikan semula hak Sarawak, adalah lebih baik untuk Chong Chieng Jen dan semua ahli DAP Sarawak meletakkan jawatan dan bersama dengan parti politik tempatan dalam mempertahankan Sarawak,” kata Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan.

Beliau mendesak demikian ketika mengumumkan penubuhan sebuah pakatan politik baru Sarawak yang melibatkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS). Ia ditubuhkan bertujuan untuk menafikan kekuatan parti-parti politik dari Semenanjung dalam penguasaan kuasa politik di Sarawak.

Menurut Voon, parti-parti yang mewakili suara Sarawak di Parlimen seperti DAP tidak mewakili suara Sarawak sebenar tetapi hanya menurut kepada arahan ketua-ketua mereka di Semenanjung.

Voon menambah, Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dari 222 jumlah kerusi di Dewan Rakyat tersebut.

“Kerusi yang dimenangi DAP Sarawak adalah kerusi yang dimenangi Malaya. Ini akan mengakibatkan suara Sarawak tidak kedengaran di Parlimen. DAP Sarawak perlu mendengar arahan atau perintah ketua-ketua mereka di Semenanjung. Kalau mereka tidak setuju, mereka perlu letak jawatan dari parti mereka,”

Voon membangkitkan prestasi serta janji-janji DAP Sarawak yang tidak tertunai semasa memegang tampuk kuasa termasuk tentang isu Perjanjian 1963, 20% Royalti Petroleum Sarawak, 50% hasil pendapatan Sarawak untuk Sarawak dan beberapa perkara lagi mengenai hak dan perjanjian-perjanjian sedia ada yang mahu dibatalkan.

Voon Lee Shang sebelum ini pernah dilaporkan memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuching memohon beberapa pengisytiharan termasuk Sarawak dibenarkan keluar Malaysia dengan sebab pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: