Antarabangsa

Sempena Perang Ukraine, Jualan Senjata AS Memuncak, EU Janji Belanja RM1 Trilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 07 November 2022 – Jumlah jualan senjata serta peralatan peperangan Amerika Syarikat (AS) kepada Eropah kini memuncak naik, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Institut Kajian Keamanan Antarabangsa Stolkholm (SIPRI).

Peningkatan jumlah jualan tersebut adalah disebabkan kuasa Barat yang membantu konflik di Ukraine secara berterusan sebagaimana negara-negara Eropah telah berjanji untuk meluaskan perbelanjaan persenjataan mereka kepada $230 bilion (RM1,091,465,000).

Lebih dari separuh jumlah perbelanjaan ketenteraan terkini bagi banyak negara di Eropah telah disalurkan kepada syarikat-syarikat Amerika yang menghasilkan senjata.

Misalnya Norway telah membelanjakan 83 peratus dari perbelanjaan ketenteraan mereka dengan membeli dari syarikat AS. Manakala 77 peratus dari perbelanjaan ketenteraan United Kingdom (UK) dibelanjakan dengan cara yang sama. Itali dan Belanda masing-masing telah membelanjakan 72 dan 95 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan mereka untuk membeli daripada syarikat-syarikat AS.

Institut kajian tersebut turut menyatakan bahawa jumlah pembelian import bagi senjata di Eropah telah meningkat sebanyak 19 peratus sejak lima tahun lalu.

Menurut laporan yang sama, sejak bermulanya konflik di Ukraine, negara-negara Kesatuan Eropah telah berjanji untuk meningkatkan persenjataan mereka dengan jumlah sekitar $230 bilion. Bahkan Jerman sendiri telah membuat perancangan bagi meningkatkan kadar persenjataan mereka dengan jumlah sekitar $100 bilion bagi tahun ini.

Industri persenjataan AS yang merupakan penghasil serta pengeksport terbesar telah membuat penjualan bagi lebih dari 39 peratus daripada nilai keseluruhan di sekitar $210 bilion bagi jumlah penjualan senjata sedunia dari tahun 2017 hingga 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: