Tempatan

Sembahyang Agama Lain Kena Booster Juga Ke Macam Solat Jumaat di Selangor?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 01 Mac 2022 – Pengguna Twitter meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan ketetapan syarat solat Jumaat di Selangor hanya dibenarkan kepada jemaah lengkap dua dos vaksin dan menerima dos penggalak.

Seorang pengguna Twitter mempersoalkan dalam ciapannya mengenai keperluan untuk mengambil dos penggalak bagi penganut agama lain khususnya untuk melaksanakan sembahyang.

“Sembahyang orang Kristian, Hindu, tokong ada ke undang-undang booster? Ke perlu pada orang Islam solat Jumaat je?”

Selain itu, ramai pengguna turut meluahkan kekesalan mereka dengan tindakan Jabatan Agama Islam tersebut kerana syarat dos penggalak tidak diwajibkan di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan sebagainya, sebaliknya syarat itu dikenakan pada orang Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat.

“aku kan, bukan la nak jadi anti vaksin, tapi macam pelik kenapa masjid je yg ade syarat lengkap booster nak solat jumaat, mall, supermarket, dobi, kedai runcit steady je masuk kat selangor ni. Solat jumaat tu wajib kot untuk muslim.” Ujarnya.

Pengguna lain turut menyuarakan hal yang sama, dimana beliau menyatakan:

“Sekarang syarat nak pergi masjid or surau kena 3 dose booster di Selangor, tapi kalau nak masuk mall atau taman tema, takde pulak syarat 3 dose. Aku nak tengok @Khairykj boleh atau tidak letak SOP untuk PRN Johor, yang 3 dose je boleh keluar mengundi.”

Tambahan lagi, seorang pengguna lain juga mengatakan pada awalnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia hanya mewajibkan penerima vaksin 1 dan 2 Sinovac sahaja menerima dos penggalak.

Walau bagaimanapun, katanya setelah melihat pada situasi di negeri Selangor, kemungkinan kesemua penerima vaksin termasuklah vaksin AstraZeneca dan Pfizer akan diwajibkan mengambil dos penggalak.

Berdasarkan perkongsian lain, masjid dan surau di negeri Selangor menjadi kosong pada hari Jumaat lalu selepas hanya membenarkan jemaah yang telah menerima dos penggalak sahaja menunaikan solat, sedangkan tiada keuzuran bagi mereka untuk menunaikannya.

Terdahulu, pihak JAIS telah mengeluarkan satu ketetapan baru melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari 2022. Kerajaan Selangor telah menetapkan syarat menerima vaksin penggalak bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan Solat Jumaat.

Leave a Reply

Back to top button