Tempatan

Semalaman Di Lokap, Uthaya Tidak Akan Tulis Tentang Islam Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 April 2022 – Uthaya Sankar SB menyatakan bahawa dia tidak akan menulis tentang Islam lagi setelah bermalam semalaman di lokap polis.

“Saya selalu membaca tentang Islam, tetapi saya telah belajar dari kesilapan. Saya akan menjauhkan diri dari Islam dan tidak akan menulis tentang Islam lagi pada masa akan datang, itu yang terbaik,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaKini.

BACA: Isu Hina Nabi: Uthaya, Sila Debat Dengan Dr Zakir Naik – Toqqi PPIM

BACA: Prof Lanat Penghina Nabi Mati Rentung Kemalangan

BACA: Lelaki Indonesia Dakwa Diri Nabi Ke-26 Dan Hina Islam

Penulis tersebut telah menimbulkan kekecohan gara-gara hantaran di laman Facebook yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W. apabila menyentuh tentang aspek ranjang dan perkahwinan yang dikira sensitif.

Dia menyatakan dalam sebuah hantaran pada Isnin lalu bahawa dia sedang dibawa ke Bukit Aman dan dia memohon supaya mana-mana peguam datang membantunya.

“Sedang dibawa ke Bukit Aman. Kerana paparan ini. Mungkin ditahan, mungkin ikat jamin. Ada peguam boleh datang?” ujarnya.

Sebuah gambar turut dikepilkan dalam hantaran tersebut, di mana gambar tersebut adalah tangkap layar hantaran terdahulunya yang dikatakan bersifat penghinaan terhadap Nabi Muhammad. Hantaran tersebut berbunyi:

“Lemah betul Iman Zulkarnain!

…Muhammad memiliki kekuatan 30 lelaki dan mampu meniduri (menjalin hubungan seks) bersama hampir 9 isteri dengan sekali mandi (Hadis Sahih al-Bukhari)”.

IMG-20220414-WA0002.jpg?resize=139%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: