Tempatan

Semakin Stres Jadi Orang Islam di Malaysia – Siti Kasim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 April 2022 – “Jadi orang Islam di Malaysia adalah semakin ‘claustrophobic’’ (menghimpit) dan ‘stressful’.” Berikut merupakan kenyataan Siti Kasim, peguam, melalui sebuah ciapan miliknya.

Kenyataannya timbul dalam mengulas sebuah tangkap layar Undang-Undang Negeri Kelantan yang memaparkan larangan perbuatan mencacah tatu, pembedahan kosmetik, tidak menutup aurat dan mengganggu rumah tangga orang lain.

Peguam tersebut turut menyuarakan tentang keperluan untuk sentiasa menyemak apakah perkara-perkara baru yang dilarang oleh kerajaan.

“Anda perlu sentiasa semak apakah (perkara) baru yang dilarang. Saya dimaklumkan (undang-undang) ini diwartakan pada Disember 2021,” tambahnya lagi.

Namun, pengguna Twitter lain membidas kenyataan peguam tersebut, di mana seorang pengguna menyatakan:

“Tak perlu semak selalu pun. Semua orang Islam patut tahu ini dan tiada apa yang baru tentangnya.”

“Mungkin kita boleh minta tolong dari mana-mana pelajar sekolah menengah kalau kita ‘terlupa’ apa-apa. Tak susah jadi orang Islam kalau kita betul-betul nak,” tegasnya.

Meskipun begitu, tidak kurang juga pengguna yang menyokong kenyataan Siti Kasim dan mengutarakan pendapat mereka sendiri.

Antaranya, seorang pengguna lain bertanya:

“Kenapa perlu kuatkuasakan agama?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: