Tempatan

Penantian Giliran Tunai Haji Kini Cecah 148 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEKAH, 15 Jun 2023 – Tempoh menunggu giliran menunaikan ibadah haji bagi bakal jemaah kini mencecah 148 tahun, ujar Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Menurut beliau, sistem pendaftaran haji yang digunakan adalah berkonsep ‘Mendaftar Dahulu, Didahulukan’ dan ia telah dilaksanakan sejak 1995.

Sistem tersebut memberi giliran kepada setiap pendeposit Tabung Haji (TH) berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran mereka dilakukan.

BACA JUGA: Kementerian Pertimbang Adakan “Festival Tuak” Di Sarawak

BACA JUGA: NGO Mahu Kerajaan Terima ICERD, Henti Menghukum LGBT

BACA JUGA: Projek Hidroelektrik TNB Bakal Tenggelamkan Tapak Arkeologi Prasejarah Kelantan

“Secara umum, sekiranya jumlah pendeposit yang baru mendaftar haji pada satu-satu jangka masa itu adalah tinggi, maka tempoh menunggu giliran berkenaan akan menjadi semakin lama,” memetik laporan.

Jelas Syed Saleh, setakat ini seramai 3.8 juta bakal jemaah di Malaysia sedang menunggu tawaran untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Justeru, beliau mengajak jemaah haji negara musim 1444H supaya bersama-sama bersyukur kerana terpilih dalam kalangan jutaan umat Islam yang menunggu lama untuk menjadi ‘tetamu’ Allah SWT di Tanah Suci.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: