Seludup Organ : Mustahil Pihak Berkuasa Tidak Tahu
RABU, 09 Ogos 2023 – Seorang peguam yang sebelum ini telah membela sekumpulan warga Serbia di dalam tribunal Hague 2005, Zoran Zivanovic telah mengeluarkan kenyataan bahawa kegiatan penyeludupan organ haram adalah mustahil tanpa diselindungi pihak berkuasa.
Kenyataan tersebut dibuat setelah sebelum ini jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menyatakan bahawa para pegawai di Kiev berkemungkinan terlibat dalam perniagaan penyeludupan organ, yang mana ianya turut melibatkan mantan militan Kosovo yang turut menjalankan operasi yang sama.
BACA JUGA: Curi Air, Kilang Besi Berdepan Denda Dan Hukuman Penjara
BACA JUGA: Hina Nabi Muhammad: Pakistan Perketat Hukuman, Maksimum Penjara Seumur Hidup
BACA JUGA: ‘Konsert LGBT’: The 1975 Diberi Notis Tuntutan Bayar RM12.3 Juta Dalam 7 Hari – Peguam
Dalam kenyataannya, Zivanovic menyatakan bahawa mereka yang telah didakwa dan disabitkan kesalahan bagi jenayah tersebut tidak menerima hukuman yang setimpal bagi jenayah serius terbabit.
Ujarnya lagi, jaringan mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut bagi tahun 1999 adalah berkemungkinan besar melibatkan para pegawai yang bukan sahaja dari Kosovo malah juga dari Albania.
Beliau selanjutnya menyatakan, “Adalah sangat aneh jika para penguasa Albania tidak sedar akan perkara itu. Hal ini melibatkan penglibatan ramai orang. Mereka yang ditangkap dan diambil organ mereka telah dibawa ke negara lain dari Serbia, Kosovo dan Metohija. Tidak mungkin para penguasa tidak perasan”.
Isnin lalu, Zakharova menerusi sebuah artikel yang diterbitkan oleh Kementerian Luar Rusia telah menyatakan bahawa terdapat data yang menunjukkan adanya pasaran gelap yang menjual organ-organ tentera Ukraine yang mati.
Zakharova turut menyatakan bahawa pentadbiran Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy secara peribadi telah terlibat dalam skim penyeludupan organ tersebut dan juga telah mengaburkan hal itu. Zakharova turut menyifatkan Ukraine sebagai ketua bagi perdagangan organ dalam pasaran gelap sedunia.