NGO

Seludup Daging Beku Haram: Apakah Ada Pihak Yang Kebal?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Merujuk kepada pendedahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Sinar Harian bertarikh 24 Disember 2022, di mana mereka mengesan wujud ejen atau syarikat sering menggunakan taktik yang sama untuk cuba menyeludup masuk daging sejuk beku tidak halal ke negara ini.

Sumber makanan halal sangat dituntut dalam Islam sejajar dengan konsep halalan toyyiban. Pentingnya sumber halal itu bakal menjadi darah daging yang akan membentuk keperibadian setiap insan terutamanya yang beragama Islam. Oleh yang demikian, kegiatan import secara haram seperti ini akan mengundang kemarahan pengguna beragama Islam yang keseluruhannya menjadikan daging import ini sebagai makanan utama mereka. Kami di PERKASA Malaysia sangat-sangat mengecam tindakan ejen atau syarikat yang menyeludup masuk daging sejuk beku tidak halal, termasuklah mengecam pihak-pihak yang meluluskan atau bersengkokol dengan ejen dan syarikat terbabit.

Terdapat pelbagai akta yang ada dalam undang-undang Malaysia tetapi masih berlaku lagi menyeludupan haram serta kekeliruan sijil kesihatan dan sijil halal. Kepada siapa yang perlu disalahkan? Apakah ada pihak tertentu sangat kebal sehinggakan penyeludupan haram ini masih berlaku?

Sejajar agama rasmi negara kita iaitu agama Islam, tidak sewajarnya berlaku ketirisan dalam pembekalan daging beku halal kepada rakyat sekiranya pihak penguat kuasa memantau dengan lebih teliti. Walaupun tiada maklumat terperinci bahawa ia didalangi oleh mana-mana individu dalam negara, pihak berkuasa hendaklah lebih peka dalam memantau secara rapi bagi mengelak insiden seperti penipuan label, pemalsuan cap serta pembungkusan semula daging sejuk beku import.

Statistik dan data daripada MAQIS merekodkan dari tahun 2020 sehingga Jun 2022, sebanyak 46 kes rampasan dilakukan dan nilai rampasan sehingga melebihi RM11 juta. Jumlah berat rampasan adalah 746,081kg dan bayangkan berjuta umat Islam negara kita terdedah dengan daging beku tidak halal dan siapa harus dipertanggungjawabkan?

Dengan data dari MAQIS ini memperlihatkan betapa beraninya pihak terbabit dalam membawa masuk daging sejuk beku import yang tidak sah dan tidak halal. Ini perkara yang sangat serius dan perlu dicegah dan disekat dari peringkat awal sebelum daging beku ini sampai kepada pengguna Islam.

Setiap agensi Kerajaan perlu bekerjasama dalam mencegah perkara ini berlaku. Sebagai contoh dikenakan denda yang sangat tinggi dan menyenaraihitamkan ejen atau syarikat terbabit. Selain itu, kementerian atau agensi Kerajaan yang berkaitan boleh menumpukan dan memperbanyakkan ternakan dalam negara mengikut kaedah halal yang ditetapkan.

Adam Zaraiee
Ketua Penerangan Wira Perkasa Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan peribadi samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: