Selsema Babi: Kerajaan Benar Babi Rentas Negeri Dengan Syarat
KUALA LUMPUR, 12 Februari 2023 – Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan dalam satu siaran media memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri boleh mempertimbangkan permohonan daripada negeri yang terjangkit dengan wabak ASF untuk memindahkan ternakan babi hidup ke rumah sembelihan di negeri lain.
Menurut kenyataan, pemindahan tersebut boleh dijalankan apabila ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh DVS Negeri tanpa kompromi.
Antara syarat yang ditetapkan adalah pertamanya negeri sumber iaitu negeri yang terjangkit wabak ASF perlu memastikan ternakan babi yang akan dipindahkan bebas penyakit melalui ujian makmal dan survelan klinikal yang dijalankan oleh DVS.
BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan
BACA JUGA: Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi
BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat
Seterusnya, pihak terbabit perlu menyediakan borang deklarasi status haiwan (babi) yang dilengkapkan oleh veterinawan swasta/ladang atau pemilik haiwan/produk haiwan/premis, mempunyai kod ladang babi dan melampirkan lakaran ear notching.
Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan juga memaklumkan bahawa sekiranya bilangan ternakan yang dipindahkan adalah sama seperti bilangan di dalam permit dan memastikan nombor kenderaan yang membawa ternakan adalah sama seperti di dalam permit pindah serta tidak dikongsi dengan ladang lain, maka DVS Negeri boleh membenarkan pemindahan tersebut.
Syarat lain lagi, adalah kelulusan permit untuk tujuan penyembelihan sahaja, selain pihak terbabit hendaklah mematuhi semua syarat-syarat umum pemindahan ternakan antara negeri yang telah ditetapkan.
Justeru, sekiranya permohonan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan, maka DSV akan membenarkan babi dari negeri dijangkiti wabak ASF dipindahkan ke negeri lain.
“Langkah-langkah yang diambil oleh DVS selaras dengan prosedur yang ditetapkan bagi mengawal penularan penyakit ASF dan memastikan tahap keselamatan makanan turut terjamin.”