Tempatan

Seleweng Ribuan Minyak Masak Subsidi Untuk Sembah Berhala, KPDNHEP Tumpas Sindiket

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PORT DICKSON, 29 Januari 2022 – Aktiviti sindiket menyelewengkan minyak masak peket 1 kg bersubsidi untuk ditukarkan kepada minyak sembah berhala di Bukit Pelandok, Port Dickson berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Sindiket minyak sembah berhala itu dipercayai memilih untuk menggunakan minyak masak peket subsidi itu dalam proses penghasilan minyak sembahyang itu kerana harganya lebih murah berbanding harga pasaran minyak masak industri, menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 159 kotak mengandungi minyak masak peket 1kg dengan jumlah keseluruhan 2,703 kg minyak masak berada di dalam premis berkenaan.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Sindiket itu dipercayai telah menjalankan kegiatan itu di lokasi sama sejak setahun, menurut beliau lagi.

Kegiatan sindiket minyak sembah berhala itu boleh didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sebelum ini, Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar pernah mendedahkan mengenai penyelewengan minyak masak bersubsidi oleh pihak-pihak tertentu sebagai antara punca penyebab kepada masalah kekurangan minyak ini dalam pasaran.

Menurut Mohd Ridzuan, pihak yang terbabit termasuk syarikat pemborong berlesen yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas.

Baru-baru ini, media telah membuat laporan berkenaan aduan para peruncit yang mengeluh akan kesukaran mereka mendapat bekalan minyak masak bersubsidi 1kg daripada para pemborong sejak Disember 2021.

Oleh itu, para pengguna perlu bersedia menghadapi beban krisis kenaikan harga minyak peket tersebut ekoran kekurangan bekalan dalam pasaran, menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George.

Antara mereka yang akan paling terjejas dengan kenaikan harga minyak bersubsidi ini adalah peniaga yang mahu bangkit semula selepas pandemik Covid-19 dan mereka yang terjejas dengan banjir besar baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: