Tempatan

Selepas Umum Syor Buka Sempadan Negara, Muhyiddin Positif Covid-19

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2022 – Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dijangkiti wabak COVID-19 menurut hantaran Facebook beliau hari ini.

“Saya telah didapati positif COVID-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Beliau yang kini menjalani kuarantin kendiri di rumah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), meminta mereka yang menjadi kontak rapat beliau untuk turut mematuhi protokol yang sama.

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM,” katanya.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara secara fizikal (MPN).

Majlis Pemulihan Negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib seawal 1 Mac ini.

“Majlis mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong usaha pemulihan negara. Dalam hubungan ini, Majlis bersetuju supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib,” menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Walaupun berlaku peningkatan mendadak kes jangkitan wabak COVID-19 dalam negara, namun Majlis berpuas hati dengan strategi pemberian dos penggalak vaksin dan langkah kawalan KKM.

“Malaysia antara negara yang mempunyai peratusan tertinggi lengkap vaksin di dunia dengan 98% populasi dewasa dan lebih 78% populasi negara lengkap menerima dos vaksin,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button