Tempatan

Selepas Tabung Palestin, Pemangku Raja Pahang Sumbang Elaun Diraja Baginda Kepada Tabung COVID-19 Pahang

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 24 Mei 2021: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyumbangkan Elaun Diraja selama empat bulan kepada Tabung COVID-19 Pahang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman Facebooknya hari ini.

“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengurniakan Elaun DiRaja Sejumlah Empat (4) Bulan ke tabung COVID-19 Pahang.”

“Patik Hamba Tua dan rakyat-jelata Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyanjung tinggi kurniaan ini, yang akan digunakan sewajarnya demi menangani apa juga kemaslahatan berkaitan wabak pandemik ini. Ampun Tuanku,” tulis Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sumbangan kepada Tabung COVID-19 Pahang itu adalah kali kedua dilakukan Tengku Hassanal yang sebelum ini mengurniakan Elaun Diraja selama enam bulan ke tabung berkenaan pada 1 April tahun lalu.

Sebelum itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menyumbangkan Elaun Diraja baginda selama tiga bulan kepada rakyat Palestin menerusi tabung Pahang4Palestine.

Tabung Pahang4Palestine dilancarkan kerajaan negeri sebagai tanda solidariti rakyat Tok Gajah kepada penduduk Palestin yang berdepan dengan kezaliman zionis Israel.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button