Antarabangsa

Virus Lumpuhkan Tulang Belakang Kanak-Kanak Meletus, CDC Keluarkan Amaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 15 September 2022 – Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengeluarkan amaran penularan virus EV-D68 dalam kalangan kanak-kanak yang boleh menyebabkan lumpuh pada bahagian tulang belakang mereka, lapor sebuah portal perubatan antarabangsa.

Menurut portal itu, pihak CDC mencatatkan peningkatan dalam jumlah kemasukan kanak-kanak ke hospital disebabkan masalah pernafasan yang serius dipercayai berpunca daripada enterovirus D68 atau EV-D68.

Virus EV-D68 ini yang dahulunya dikenal pasti di California pada tahun 1962 telah menimbulkan rasa bimbang kerana kes daripada virus tersebut jarang berlaku.

Bertindak kepada notis yang dikeluarkan oleh CDC, Jabatan Kesihatan Awam Daerah Los Angeles mengeluarkan arahan mereka sendiri menyatakan sekiranya terdapat pesakit disyaki mempunyai simptom gangguan saraf tunjang atau lumpuh, doktor harus melaporkan kes itu kepada jabatan dalam tempoh 24 jam.

Menurut CDC, individu lebih cenderung untuk dijangkiti virus ini pada musim panas dan luruh dan boleh juga dijangkiti sepanjang tahun.

Antara gejala ringan yang ditunjukkan ialah hidung berair, batuk, sakit badan dan sakit otot. Manakala, gejala teruk pula antaranya ialah kesukaran bernafas.

Ia didapati boleh merebak menerusi rembesan pernafasan orang yang dijangkiti seperti air liur, lendir hidung atau kahak ataupun dengan menyentuh permukaan yang telah disentuh oleh mereka yang dijangkiti.

Setakat ini, tiada rawatan khusus mahupun vaksin yang tersedia buat mereka yang dijangkiti virus ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: