Tempatan

Selepas Mufti Perak, Kini Anak Sulungnya Meninggal Kerana Covid-19

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

IPOH, 16 Ogos 2021 – A Abdul Hakim Mazhar, anak sulung kepada Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria, mantan Mufti Perak dilaporkan telah meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun kerana jangkitan wabak Covid-19, sepertimana Allahyarham ayahnya yang telah meninggal dunia pada 30 Mei yang lalu.

Jenazah Allahyarham A Abdul Hakim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, di tanah perkuburan sama dengan ayahandanya.

“Allahyarham meninggalkan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun,” menurut adiknya, Datuk Ahmad Wafi.

Ibunya, Puan Sri Ainon Abdul Ghani telah pun sembuh dari jangkitan Covid-19 yang dihidapinya sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button