Selepas Malaysia, Arab Saudi Pelawa Turkiye ‘Fastrack’ Kerja Haji
ISTANBUL, 31 Mei 2023 – Arab Saudi memperluaskan inisiatif ‘Laluan Mekah’ ke Turkiye bagi menyelaraskan perjalanan jemaah haji, imigresen dan proses lain ke kota suci Islam Mekah dan Madinah.
Dengan adanya inisiatif ini, jemaah haji dapat menyelesaikan beberapa prosedur perjalanan haji di negara asal mereka.
Inisiatif itu bertujuan membantu jemaah haji dengan memudahkan prosedur berkaitan visa, pasport, kesihatan dan prosedur lain untuk jemaah haji sebelum mereka meninggalkan Turkiye. Ia juga meliputi prosedur bagasi, pengangkutan dan penginapan semasa ketibaan di Arab Saudi.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Saudi, inisiatif ini turut sedang dijalankan di Maghribi, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Bangladesh, dan Ivory Coast, serta Turkiye.
BACA JUGA: Isu Kapal LCS: Kerajaan Madani Digesa Siasat Penyelewengan
BACA JUGA: Masalah Belia Memaksa Industri Terus Ambil Pekerja Asing
BACA JUGA: Awesome TV Tempelak Menteri, Buat Kenyataan Tanpa Kajian Mendalam
Ali Erbas, ketua badan agama tertinggi Turkiye, Diyanet, berkata bahawa projek itu akan memberikan kemudahan penting kepada jemaah haji Turkiye dengan membolehkan mereka menyelesaikan proses kritikal seperti cap jari dan kawalan pasport di Lapangan Terbang Istanbul.
Proses ini yang biasanya dilakukan setelah pendaratan di bandar Mekah atau Madinah Arab Saudi, pada kebiasaannya akan mengambil tempoh masa yang panjang.
Kerana itu beliau melahirkan rasa gembiranya pada majlis pelancaran projek itu yang berlangsung di Lapangan Terbang Istanbul.
Sementara itu, seorang jemaah haji yang menunggu untuk berlepas ke Arab Saudi di Lapangan Terbang Istanbul menyatakan penghargaannya terhadap projek itu dengan berkata, inisiatif baharu itu amat bermanfaat kepada warga emas.