Tempatan

Kuala Lumpur Bandar Ke-33 Terbaik Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 16 Julai 2022 – Kuala Lumpur mencatatkan rekod di tangga ke-33 sebagai bandar terbaik di dunia bagi tahun 2022, lapor Utusan Malaysia.

Menurut laporan yang dibuat majalah Time Out, Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar yang lebih baik berbanding beberapa bandar raya terkenal di dunia seperti Los Angeles, Dubai dan Singapura yang berada di kedudukan ke-42, ke-40 dan ke-44.

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur turut terkenal sebagai salah satu daripada ‘syurga’ makanan di dunia. Laporan itu menjelaskan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Kuala Lumpur berjaya memperoleh skor tinggi dalam indeks penilaian makanan dan minuman pada tahun ini.

Sebanyak 94 peratus responden teruja menikmati makanan di bandar tersebut, ujar Time Out.

Selain kepelbagaian budaya masakan, keindahan pemandangan seni dan budaya di Kuala Lumpur yang semakin baik dan melonjak naik terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menjadi faktor ianya disenaraikan sebagai bandar ke-33 terbaik dunia.

“Sama ada seni halus, teater atau muzik anda boleh menemui ramai bakat tempatan di sana,” jelas majalah itu.

Sebanyak 77 peratus responden menyifatkan Kuala Lumpur sebagai bandar yang memiliki kepelbagaian etnik, budaya dan juga warisan sejarah, manakala 62 peratus responden memuji semangat kemasyarakatan penduduk bandar itu.

Time Out melakukan tinjauan tersebut berdasarkan pandangan hampir 20,000 penduduk bandar global. Mereka mengambil kira pelbagai faktor seperti suasana, makanan, minuman, seni, budaya dan juga semangat kemasyarakatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: