Selepas 56 Tahun, Bekas Tentera Zionis Pulang Kunci Pintu Masjidil Aqsa
BAITULMUQADDIS, 23 Mei 2023 – Seorang bekas tentera rejim haram aparteid Israel memulangkan semula kunci pintu gerbang Masjidil Aqsa selepas mencurinya 56 tahun lalu.
Lapor media antarabangsa, individu yang dikenali sebagai Yair Barack merupakan anggota batalion rejim seksyen 71 yang bertempur di hadapan Baitul Maqdis Timur sekitar tahun 1967.
BACA JUGA: Jalan Sesak: Kuala Lumpur Rekod 6 Juta Kenderaan Setiap Hari
BACA JUGA: Muar Paling Berisiko Mudah Terbakar
BACA JUGA: MAKLUMAN: Gangguan Bekalan Air Di Taman Merdeka, Batu Berendam 30 Mei Ini
Katanya, “Saya tiba di Pintu Al-Mughrabi (di koridor barat Masjid Al-Aqsa) dan apabila saya melihat ke sebelah kiri, saya mendapati ada sebuah kunci di situ. Saya tidak tahu mengapa saya bertindak untuk mengambil kunci itu. Saya terus masukkan kunci di dalam poket saya dan ia menjadi milik saya.”
Selepas 40 atau 50 tahun berlalu, Yair mula berasa tidak selesa kerana masih menyimpan kunci tersebut, bahkan bekas tentera itu bertekad untuk memulangkannya semula.
“Sekarang saya di sini. Saya memulangkan kunci yang saya curi. Saya memulangkan kembali kepada pemiliknya dan inilah yang harus dilakukan oleh pihak berkuasa Israel – untuk kembalikan tanah Palestin, hak, kemerdekaan, kebebasan dan keselamatan mereka,” ujarnya.
Kunci itu diserahkan kepada Sheikh Azzam Al-Khatib, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Islam di Baitul Maqdis ketika pendatang haram Israel menyertai Flag March untuk meraikan jajahan mereka di Baitul Maqdis Timur pada tahun 1967.
Mengulas lanjut, Yair menyifatkan hari Flag March sebagai hari terburuk baginya dan dia sudah lama berhenti menyertai sambutan berkenaan.
View this post on Instagram