Antarabangsa

Rusia Bukan Ancaman Balkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YUGOSLAVIA, 23 November 2023 – Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa wilayah Balkan mendapat ancaman dari tentera Rusia. NATO juga turut menyatakan bahawa tidak terdapat ancaman ketenteraan kepada mana-mana anggota NATO yang lain dari Moscow.

Stoltenberg menyatakan demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Dimitar Kovacevski, pada hari Selasa, ketika ditanya mengenai dakwaan Presiden Ukraine Vladimir Zelensky baru-baru ini bahawa Rusia mempunyai rancangan untuk menggugat kestabilan Balkan.

Pemimpin Ukraine itu mendakwa bahawa Moscow berada di belakang konflik semasa di Timur Tengah dan merancang untuk melemahkan Balkan dan Moldova untuk mengalih perhatian dunia daripada Kiev.

Menurut Stoltenberg, walaupun tiada sebarang ancaman ketenteraan yang akan berlaku dari Rusia terhadap mana-mana anggota NATO atau wilayahnya, NATO tetap akan berwaspada dan sentiasa memantau dengan teliti apa yang Russia lakukan.

Beliau turut menyatakan bahawa NATO mempunyai tentera di rantau ini sebagai sebahagian daripada misi KFOR di Kosovo, ibu pejabat di Bosnia-Herzegovina dan pejabat di Serbia, dan sentiasa bersedia untuk mengukuhkan, mempertahankan dan melindungi setiap anggota terhadap sebarang ancaman.

Setiausaha Agung NATO itu  berada di Skopje sebagai sebahagian daripada lawatan ke bekas republik Yugoslavia, setelah melawat Sarajevo, Belgrade, dan Pristina. Daripada semua bekas republik Yugoslavia, hanya Bosnia-Herzegovina dan Serbia kekal di luar blok pimpinan AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: