Tempatan

Selangor Pertimbang Isytihar Darurat Iklim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 14 September 2022 – Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim.

Namun, perkara itu hanya akan dilakukan selepas meneliti data dan kajian lengkap bencana yang dibuat pakar dilantik.

Ujar beliau seperti yang dilaporkan portal tempatan, laporan penuh Universiti Putra Malaysia bersama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun sejak 2019 siap sepenuhnya hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Dato Seri Amirudin Shari baru-baru ini mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

Dalam masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.

Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: