Tempatan

Selangor Laksanakan Simulasi Persediaan Banjir September Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 27 Ogos 2022 – Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor akan melaksanakan simulasi persediaan banjir September ini sebagai langkah bersiap siaga menghadapi kemungkinan berulangnya insiden banjir yang melanda pada Disember tahun lalu.

Tambah beliau, simulasi berkenaan akan memberi tumpuan kepada pelbagai aspek penting dalam menangani bencana itu, termasuk proses mencari dan menyelamat serta pembukaan bilik gerakan dan bilik bantuan.

“Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri yang saya pengerusikan baru-baru ini, kita sudah mempersiapkan semua (perkara berkaitan) dan sekiranya banjir berlaku lagi, kita lebih bersedia kali ini,” kata beliau yang membandingkan kejadian banjir tahun lalu, di mana pasukan mencari dan menyelamat sedikit lewat dalam usaha menyelamat.

Tahun lalu, lebih 2,000 rumah di Taman Sri Muda, Shah Alam dilaporkan tenggelam selama lima hari dalam kejadian banjir luar biasa yang melanda hampir seluruh negara pada 18 Disember lalu.

Menurut, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, seramai 14 orang mangsa banjir meninggal dunia ketika bencana berkenaan dan 12 daripadanya dilaporkan dari Taman Sri Muda.

Selepas Banjir Besar, Shah Alam Dilanggar Taufan Pula

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: