Tempatan

Selalu Main Isu Perkauman, Mereka Kurang Berpendidikan – Tai Zee How

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 April 2022 – “Yang selalu main isu perkauman, adalah mereka yang kurang berpendidikan bahkan berpendidikan Cina,” demikian menurut Apek Cina atau nama sebenarnya Zee How Tai.

Beliau yang mengulas mengenai “Minda majoriti kaum Cina dalam Pendidikan” di Facebooknya mengatakan bahawa orang yang sering menimbulkan isu perkauman adalah orang yang kurang berpendidikan malah yang berpendidikan Cina.

Ini kerana pendidikan Cina sangat mementingkan peradaban, moral, budi, sopan dan taat kepada Raja dan Negara, jelas Tai Zee How.

“Sebab pendidikan Cina mementingkan peradaban, moral, budi, sopan dan taat kepada Raja dan Negara.”

Selain itu menurut Tai Zee How, pendidikan Cina adalah isu paling mustahak dalam kalangan orang Cina melebihi agama dan budaya, manakala kualiti pendidikan itu sendiri begitu penting melebihi kualiti bahasa.

Tai Zee How atau lebih dikenali dengan nama Apek Cina turut berkongsi di laman Facebooknya bagaimana pendidikan begitu diutamakan dengan mengambil contoh bapanya membuat pinjaman dan menjual rumah untuk menampung pendidikannya di UK.

Beliau turut menyenaraikan pilihan sekolah di Malaysia yang menjadi keutamaan majoriti ibu bapa Cina, yang mana pilihan pertama adalah sekolah antarabangsa bagi yang berkemampuan manakala sekolah persendirian (UEC) merupakan pilihan keempat di antara beberapa pilihan sekolah yang disenaraikan olehnya.

Sebelum ini, Tai Zee How dalam satu hantaran mengakui bahawa tiada sistem pendidikan Cina sebaik Malaysia di serantau dunia.

“Mana ada sistem pendidikan Cina di serantau dunia ( melainkan China ) sebaik Malaysia ? Gaji cikgu SJK pun mencecah 1.4 Billion setahun oleh kerajaan.”

Leave a Reply

Back to top button