Tempatan

Sekumpulan Pelajar Akan Adakan Protes Esok Atas Lima Tuntutan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2022 – Sekumpulan pelajar melalui satu kenyataan Jawatankuasa TURUN memaklumkan bahawa satu protes akan diadakan esok dengan membawa lima tuntutan kepada Kerajaan.

“Kita tidak mempunyai pilihan selain TURUN dengan satu suara supaya masalah ini tidak diremehkan oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.”

Menurut kenyataan media TURUN, lima tuntutan tersebut adalah bagi mendesak Kerajaan memotong gaji menteri, mengekalkan subsidi, menyalurkan bantuan yang bermaruah kepada rakyat, mengawal harga barang dan mahu Kerajaan menyelesaikan masalah jaminan makanan.

Membuktikan perlu kepada tuntutan-tuntutan tersebut, kenyataan tersebut mendakwa bahawa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan gagal menangani masalah inflasi yang merupakan isu paling mendesak di dalam negara ketika ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa pengumuman Perdana Menteri untuk meningkatkan bantuan kepada rakyat Malaysia sebanyak antara RM50 dan RM100 menunjukkan bantuan tersebut tidak memartabatkan maruah rakyat Malaysia yang terpaksa mengikat perut untuk memastikan anak-anak di rumah tidak kelaparan.

Baru-baru ini pula, kelulusan usul kenaikan saraan bagi Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri Sabah yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika rakyat biasa tidak mempunyai gaji yang bermaruah juga antara keluhan yang diluahkan dalam kenyataan tersebut.

Tindakan-tindakan ini yang menunjukkan bahawa sebahagian besar ahli-ahli politik tidak berpijak di bumi yang nyata, dakwa kenyataan tersebut.

Justeru, mereka mengajak rakyat Malaysia yang sependapat dengan lima tuntutan tersebut untuk turun ke jalan raya bersama-sama pada hari Sabtu, 23 Julai 2022, jam 2 petang bertempat di Sogo Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: