Tempatan

Sektor Elektrik Malaysia Terjejas Kerana Pertukaran Mata Wang Tak Menentu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 02 Oktober 2022 – Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S. menegaskan bahawa keadaan pertukaran mata wang yang tidak menentu akan memberi kesan kepada sektor elektrik.

Ia berikutan situasi pengimportan arang batu 100 peratus. Selain itu, musim sejuk dan krisis Russia merupakan antara faktor yang akan menyebabkan berlakunya krisis tenaga global.

“Faktor-faktor lain termasuklah peranan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan OPEC+ dan kombo minyak mentah, gas asli serta arang batu,” katanya lagi.

Berikutan itu, AWER mencadangkan empat penyelesaian kepada Kerajaan bagi memastikan jaminan tenaga Malaysia terjamin.

Pertama, Malaysia mungkin boleh mengambil pendirian seperti India dan beberapa negara lain mengenai Jaminan Tenaga (Energy Security).

Kedua, meningkatkan Faktor Beban (Load Factor) Loji Hidroelektrik. Ketiga, para pesalah mesti dihukum kerana menyebabkan margin simpanan yang tinggi.

Keempat, mengenakan Had Ekuiti Asing ­ Tidak Boleh Ditarik Balik (Irreversible Foreign Equity Cap) yang ketat dalam sektor tenaga dan elektrik.

Tegasnya lagi, kerana itu AWER berharap Perdana Menteri dapat melaksanakan cadangan-cadangan yang diberikan supaya jaminan tenaga Malaysia terjamin dan peningkatan kos harga sumber tenaga diminimumkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: