Tempatan

Sekolah Vernakular Penting Untuk Pilihan Ibu Bapa – Najib Razak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 28 Februari 2022 – “Tuntutan terhadap pendidikan Cina harus dihormati kerana sekolah sedemikian menyediakan pilihan untuk jenis pendidikan yang diingini ibu bapa untuk anak-anak mereka.”

BACA: Cina Generasi Ketiga Layak Diiktiraf Bumiputera – ADUN DAP Sarawak
BACA: Sekolah Cina Tolak Ribuan Guru BM Kementerian, Lantik Walk in Bangsa Cina
BACA: 25% Drop-Out Sekolah Vernakular Cina, Ramai Sertai Jenayah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata sedemikian dalam satu ucapan beliau semasa mengunjungi Sekolah Menengah Foon Yew di Seri Alam, Johor Bahru.

Sekolah Menengah Foon Yew merupakan sekolah Cina yang berprestij tinggi dan terbesar di Malaysia dengan memiliki tiga cawangan di Johor – Johor Bahru, Kulai dan Seri Alam.

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berpegang kepada falsafah bahawa pendidikan mesti terbuka kepada semua dan rakyat Malaysia berhak untuk memilih jenis pendidikan yang mereka mahukan untuk anak-anak mereka.

“Pendidikan Cina tidak sepatutnya menjadi isu, yang penting sekolah itu terus mendidik generasi akan datang yang hati dan fikiran mereka setia kepada negara,” jelas beliau dalam ucapan yang dibuat pada Khamis, 24 Februari 2022.

Tambah beliau lagi, meskipun mendapat desakan daripada pihak tertentu semasa berada dalam kerajaan, beliau tetap meneruskan serta meluluskan permohonan Sekolah Tinggi Foon Yew milik sebuah syarikat pendidikan Cina yang mapan di Johor Bahru itu.

“Walaupun menteri pendidikan ketika itu tak setuju, saya tak ingin sebut nama…tapi saya, sebagai Perdana Menteri, arahkan kelulusan untuk pembinaan sekolah Foon Yew baru,” ujar beliau.
https://www.malaysiakini.com/news/612034

Sekolah vernakular itu mengadakan satu majlis penghargaan buat bekas Perdana Menteri tersebut bagi merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa dan bantuan yang disalurkan beliau dalam proses penubuhan sekolah vernakular berkenaan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membantu dengan memberikan kelulusan pembinaan cawangan Kulai pada tahun 1999 semasa menjawat jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.

Kemudian, beliau sekali lagi memberi kelulusan buat kali kedua semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2016 bagi cawangan Seri Alam, Johor Darul Takzim.

Ahli Parlimen Pekan itu turut diajukan soalan sama ada usaha beliau bersama pendidikan Cina akan membantu mendapat sokongan orang Cina untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya Johor 12 Mac.

Beliau tampil memberikan jawapan dengan berkata, beliau berharap sedemikian kerana terbukti bahawa gabungan itu adalah “kerajaan sederhana dan bukan perkauman.”

“Yang minum air perigi, jangan lupa orang yang menggali perigi,” bekas Perdana Menteri itu memberi peringatan dengan memetik kata pepatah Cina.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: