Tempatan

Sekolah Vernakular Antara Cabaran Utama Kepada Perpaduan – Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood menyatakan bahawa dasar sekolah vernakular merupakan antara masalah utama yang masyarakat di Malaysia perlu selesaikan dalam menghapuskan jurang sosial antara kaum di Malaysia.

Dalam ucapan beliau di forum “Prinsip Kesepaduan Sosial Dalam Membina Keluarga Malaysia: Realiti dan Cabaran” pengasas badan kebajikan MERCY tersebut menegaskan dasar pendidikan vernakular telah memecah-belahkan masyarakat.

“Kita mempunyai pengasingan melalui sekolah vernakular dan sebagainya, satu isu yang sangat politikal, tetapi telah memecah-belahkan negara kita,” tegas beliau.

Beliau turut menegur sikap sesetengah guru dan ibu bapa yang sering menerapkan unsur-unsur prejudis dan berbaur kebencian dalam minda kanak-kanak.

“Apa peluang dia untuk berfikir luas? Apa peluang dia untuk berdialog? Apa peluang dia untuk tidak menjadi seorang yang judgemental?” soal beliau.

Menurut beliau, perubahan dalam aspek pendidikan memerlukan keupayaan politik, namun jika harapan digalaskan kepada ahli politik sahaja tiada sebarang perubahan yang akan berlaku.

“Menunggu ahli politik buat keputusan ataupun tindakan, sampai saya meninggal pun tak ada apa-apa yang akan berlaku,” seloroh beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: