Tempatan

Belanjawan 2023: Slogan “Cukai Si Kaya, Barangan Mewah”, Tidak Beri Faedah Kepada Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 – Slogan ‘cukai orang kaya’ atau ‘cukai barangan mewah’ tidak mungkin memberi apa-apa faedah kepada negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito berhubung Belanjawan 2023.

Ujarnya, belanjawan negara tidak memperkenalkan sebarang percubaan untuk merasionalkan perbelanjaan Kerajaan, malah beban mengurangkan hutang dialihkan kepada firma dan individu dengan cukai baharu yang boleh dipersoalkan.

Tambah Carmelo, “Begitu juga dengan suntikan RM500 ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk kumpulan individu tertentu. Walaupun ia merupakan kos keseluruhan untuk Kerajaan, ia tidak menghasilkan apa-apa manfaat sebenar untuk rakyat.”

CME juga berkata bahawa perkara paling penting dalam belanjawan tersebut adalah insentif untuk perusahaan kecil dan sederhana, rancangan membina semula pangkalan pembuatan Malaysia, kehendak Kerajaan untuk mempertimbangkan semula skim pelaburan dan reformasi badan Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan.

“Bagaimanapun, tiga perkara ini perlu dinilai pada saat pelaksanaan, untuk melihat sama ada cara ia dibangunkan akan konsisten dengan sasaran yang dikehendaki,” kata CEO itu.

BACA JUGA: Paderi Katolik Berpengaruh AS Peluk Islam

BACA JUGA: Undi 18, LFL Bantah Tahan Pelajar SPM

BACA JUGA: Hospital UK Buang Lukisan Anak-Anak Gaza Setelah Bantahan ‘Zionis’?

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kenaikan cukai bagi pendapatan antara RM100,000 dan RM1,000,000 tidak mungkin memberi sebarang kesan sebenar. Namun, ia menandakan bahawa Kerajaan mengharapkan kumpulan individu tertentu untuk menyumbang dalam peningkatan pendapatan.

Selain itu, CME berpendapat bahawa cukai barangan mewah adalah demagogi dan melanggar prinsip ekuiti mendatar. Bukan itu sahaja, cukai baharu ‘anti-kaya’ atau ‘anti-perniagaan’ hanya akan menjejaskan ekosistem pelaburan tempatan, kata Carmelo.

“Kami ingin menegaskan bahawa tanpa disiplin fiskal Kerajaan, negara tidak mungkin bergerak ke arah laluan pertumbuhan yang mampan,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: