Antarabangsa

Sekolah Terima USD10,000 Promosikan LGBT

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 24 Julai 2022 – Sebuah organisasi LGBT, ‘It Gets Better Project’ menganugerahkan geran sebanyak USD10,000 kepada 50 sekolah di seluruh negara termasuk Washington D.C. dan wilayah Amerika Syarikat untuk mempromosikan LGBT dan menyokong kelab “Gender Sexuality Alliance” (GSA).

Menurut kenyataan akhbar organisasi itu, dana geran itu dikumpul oleh American Eagle Outfitters, Inc. (AEO) melalui sumbangan daripada pelanggan American Eagle dan Aerie semasa Pride Month 2021.

Dalam kenyataan yang sama, 50 sekolah yang terpilih adalah berdasarkan cadangan projek yang dikemukakan oleh sekolah itu sendiri.

Antara cadangan projek adalah pengubahsuaian tandas asing lelaki dan perempuan kepada tandas ‘neutral’, mencipta bahan latihan untuk pendidik yang memfokuskan tentang LGBTQ+ dan pembinaan perpustakaan LGBTQ+.

“Ada juga beberapa sekolah di kawasan konservatif ingin menggunakan dana itu untuk mencipta mural LGBTQ+ dan video tentang kata ganti nama.”

“Selain itu, terdapat juga sekolah ingin mewujudkan Persidangan Belia Queer di seluruh wilayah di mana belia Queer boleh berkumpul.”

Di Malaysia, amalan homoseksual adalah bertentangan dengan undang-undang negara, bukan saja undang-undang jenayah syariah tetapi juga undang-undang sivil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata Kerajaan memandang serius isu berkaitan golongan LGBT.

“LGBT adalah bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia.”

“Bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan aturan fitrah,” katanya dalam Dewan Rakyat pada bulan Mac yang lalu.

Leave a Reply

Back to top button