Tempatan

Sekolah Mewah, Lawan Falsafah Pendidikan Negara Pun Dapat Bantuan? – Pengerusi MATAQU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

GOMBAK, 10 Oktober 2021 – “Sekolah persendirian Cina ini bukannya sekolah-sekolah swasta yang daif macam maahad-maahad tahfiz yang sewajarnya diutamakan dari segi bantuan terutamanya di musim pandemik ini,” kata Ustaz Alauddin Ishak, pengasas Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum (MATAQU).

“Sepatutnya, kalau kerajaan nak hulurkan bantuan kepada sekolah persendirian Cina ini perlulah memastikan sekolah-sekolah ini telah memenuhi matlamat falsafah pendidikan negara terlebih dahulu selain mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan perundangan di negara ini.”

Tegas beliau, dalam sebuah negara di mana Islam adalah agama Persekutuan, memang sepatutnya yang didahulukan adalah institusi berkaitan agama Islam.

“Sebab dari segi Perlembagaan dan peruntukan perundangan memang itu yang dijamin.”

Tambah beliau lagi, jika kerajaan tanpa sebab hendak menyalurkan bantuan kepada sekolah swasta persendirian Cina ini, sudah sepatutnya diberikan syarat-syarat yang serupa sepertimana maahad tahfiz diberikan syarat-syarat untuk penggunaan duit yang diperuntukkan bagi tujuan baik pulih bangunan dan sebagainya.

“Saya jadi hairan macam mana kerajaan boleh memperuntukkan dana kepada sekolah persendirian Cina dalam keadaan mereka ini memperjuangkan dasar pendidikan yang berlawanan dengan falsafah pendidikan negara.”

“Kalau kerajaan tidak beri bantuan sekalipun ianya tidak akan menjejaskan operasi mereka sebab di belakang mereka ada Dong Zong dan sebagainya,” kata beliau.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button