Tempatan

Sekitar 500 Orang Asli Pahang Peluk Islam Setiap Tahun – Timbalan CEO MUIP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 06 Julai 2022 – Sekitar 500 sehingga 600 Orang Asli memeluk Islam di Pahang setiap tahun berkat usaha dakwah berterusan yang dilakukan MUIP, menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr Asmadi Abdul Rahman.

Tahun lepas sahaja, lebih 500 Orang Asli telah memeluk Islam meskipun pandemik COVID-19 yang dilalui negara telah membantutkan sebahagian usaha dakwah MUIP.

“Usaha dakwah ini dilaksanakan secara berterusan dengan mendedahkan tentang keindahan Islam dan ramai kalangan mereka terbuka hati untuk memeluk Islam, malah setiap tahun anggaran individu yang memeluk Islam adalah sekitar 500 hingga 600 orang.”

“Mereka memeluk Islam selepas tertarik aktiviti yang kita laksanakan dan tiada paksaan untuk mana-mana individu (memeluk Islam),” katanya kepada Sinar Harian.

Sehingga Mei tahun ini sahaja, 202 Orang Asli sudah memeluk Islam dan kini sedang menjalani pengajian kelas agama yang dianjurkan oleh Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA).

Dr Asmadi juga berkata bahawa pihaknya telah menempatkan pendakwah-pendakwah Orang Asli di beberapa perkampungan Orang Asli di sana bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Penempatan mereka ini juga boleh memudahkan pelaksanaan usaha dakwah yang dijalankan.

“Kita yakin dengan cara ini dapat meningkatkan jumlah orang Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: