Antarabangsa

Sekilas Perbicaraan MH17 Yang Perlu Anda Tahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMSTERDAM, 18 November 2022 – Pada November 2017, mahkamah Belanda sepatutnya menjatuhkan hukuman terhadap tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine bagi tuduhan menjatuhkan sebuah kapal terbang pada 17 Julai 2014.

Pesawat Boeing 777 dari syarikat penerbangan Malaysia Airlines, penerbangan MH17 telah berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Belanda dan terbang menuju Kuala Lumpur, namun telah terhempas di daerah Donbas, timur Ukraine. Kesemua 298 penumpang telah ditemui mati.

Sebuah pasukan penyiasatan antarabangsa telah menyimpulkan bahawa pesawat tersebut telah dijatuhkan dari darat. Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pihak yang dipertanggungjawabkan. Beberapa negara telah menuntut agar diadakan tribunal antarabangsa bagi menguruskan kes ini.

Kes tersebut tidak dapat dibawa ke Mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana Rusia telah menghalang inisiatif tersebut menggunakan hak veto yang dimilikinya terhadap Sidang Keselamatan PBB.

Kerajaan Belanda kemudiannya bertindak menjalankan proses perundangan berdasarkan undang-undang mereka berikutan 193 daripada keseluruhan mangsa adalah dari negara tersebut. Negara-negara bagi mangsa yang terlibat iaitu Australia, Belgium, Belanda, Malaysia serta Ukraine kemudiannya telah menubuhkan sebuah pasukan penyiasatan bersama.

Para penyiasat antarabangsa kemudiannya telah menamakan empat suspek utama yang mana tiga daripada mereka adalah warga Rusia. Namun kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Perbicaraan pertama bermula pada 9 Mac 2020, dan kemudiannya dipindahkan ke kompleks Mahkamah Schiphol. Siri bagi sesi perbicaraan tersebut telah ditayangkan secara langsung di internet.

Keputusan kehakiman mengenai keseluruhan kes tersebut juga dikatakan akan ditayangkan secara langsung bagi penduduk dunia yang mengikuti perkembangan kes ini.

Terkini, Mahkamah Belanda semalam mengesahkan hasil dapatan bahawa pesawat penumpang MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia dalam tragedi pada 2014.

“Mahkamah berpandangan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari sebuah padang ladang berhampiran Pervomaisk, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 kru,” kata Hakim Hendrik Steenhuis yang mengetuai penghakiman itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: