Tempatan

135 NGO Islam Nyata Sokongan Kepada Agong, PM dan PN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2021 – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama Gabungan NGO Islam menyatakan pendirian dan solidariti sokongan bersama kepada perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yasin mengekalkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional sebagaimana pengumuman khas Perdana Menteri pada 4 Ogos 2021.

“Menjunjung tinggi perkenan Yang Di Pertuan Agong atas kepercayaan Baginda bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai majoriti untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri dan mengetuai pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

135 NGO ini juga menyatakan kekesalan mereka terhadap segelintir Ahli Parlimen tertentu yang menarik sokongan kepada kerajaan semasa, sedangkan pembentukan kerajaan kini adalah persetujuan bersama oleh Ahli Parlimen Melayu Islam.

Oleh itu, mereka menyeru Ahli Parlimen Parti Melayu Islam kembali bersama kerajaan Perikatan Nasional demi agama, rakyat dan negara.

Dalam masa yang sama, mereka juga menyeru semua parti politik Melayu Islam bermuafakat dan mengutamakan kepentingan nyawa rakyat berdepan dengan pandemik Covid 19 dari kepentingan politik peribadi dan kumpulan.

Mengakhiri kenyataan, UMMAH dan Gabungan NGO Islam menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong dan mempertahankan kerajaan semasa sebagaimana titah perkenan Yang Di Pertuan Agong yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Selasa lalu, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menyatakan UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: