Antarabangsa

Sekat Bantuan Ke Gaza ‘Wajar Dan Bermoral’ – Menteri Kewangan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 06 Ogos 2024 – Menteri Kewangan negara haram Israel, Bezalel Smotrich semalam mengumumkan pada persidangan Yad Binyamin yang dihoskan oleh Israel Hayom bahawa menyekat bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza mungkin “wajar dan bermoral,” walaupun ia mengakibatkan dua juta orang awam kelaparan.

“Kami membawa bantuan kerana tiada pilihan. Kita tidak boleh, dalam realiti global semasa, menguruskan peperangan. Tiada siapa yang akan membiarkan kami menyebabkan dua juta orang awam mati kelaparan walaupun ia mungkin wajar dan bermoral sehingga tebusan kami dikembalikan.

“Kemanusiaan sebagai pertukaran untuk kemanusiaan adalah wajar secara moral, tetapi apa yang boleh kita lakukan? Kita hidup hari ini dalam realiti tertentu, kita memerlukan legitimasi antarabangsa untuk perang ini.” katanya.

Menurut laporan, menteri sayap kanan itu turut mendakwa bahawa Israel perlu mendapatkan semula kawalan sepenuhnya ke atas apa yang memasuki Semenanjung Gaza, dengan mendakwa bahawa Hamas mengalihkan bantuan itu adalah “faktor utama” memanjangkan perang.

Dalam laporan terbaru Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) mengenai tahap kelaparan, 96 peratus daripada penduduk Gaza iaitu kira-kira 2.15 juta orang menghadapi ketidakamanan makanan yang teruk pada tahap “krisis” atau lebih tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: