Antarabangsa

Sejuta Penganut Hindu Berasak Mandi Di Ganges, Penguatkuasa Bimbang Covid Merebak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALLAHABAD, INDIA, 15 Januari 2022 – Hampir sejuta penganut agama Hindu yang datang dari seluruh India sedang berkumpul di tebing sungai untuk ibadah tahunan di negeri yang mempunyai kes kedua tertinggi di India.

Mereka sanggup berasak-asak untuk ritual celup badan beramai-ramai di sungai Ganges bagi festival keagamaan Makar Sankranti walaupun India sedang diancam oleh wabak Covid-19.

“Jemaah mungkin akan berkembang menjadi antara 800,000 ke 1 juta orang. Kami cuba untuk melaksanakan semua protokol COVID,” jelas Bankim Chandra Hazra, menteri yang bertanggungjawab menguruskan festival ini.

Penganut Hindu yakin bahawa ritual mandi itu bakal menghapuskan semua dosa-dosa mereka dan nenek moyang mereka.

Upacara sebegini pada tahun lepas telah mengakibatkan kewujudan varian super-spreader Delta yang telah meragut sekurang-kurangnya ratusan ribu nyawa di India hanya dalam tempoh 2 bulan sahaja!

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa India masih enggan untuk melarang acara ritual tahunan itu atau pun sekurang-kurangnya membuat kawalan ketat memastikan semua pihak mematuhi SOP yang telah disediakan.

Rakaman televisyen pada hari Jumaat menunjukkan mereka yang ingin terlibat dalam ritual itu langsung tidak menjaga jarak antara mereka. Lebih 70% daripada mereka juga kelihatan enggan untuk memakai topeng muka.

“Ramai berdiri di tebing sungai dan merayau-rayau tanpa sebarang topeng muka. Tidak ada orang yang sudi untuk mengikut peraturan,” dedah Surbhi Chaturvedi, salah seorang yang hadir bagi melakukan ritual ibadah itu.

Pengawal pantai, Abhijit Das Gupta khuatir akan keadaan ini boleh merebakkan lagi jangkitan wabak, “Orang sudah datang dari seluruh India, kami tidak mahu jangkitan itu merebak.”

Seramai 35.88 juta orang India telah dilaporkan dijangkiti wabak Covid-19, di tangga kedua kedudukan dunia setelah Amerika Syarikat.

Seramai sekurang-kurangnya 484,213 pesakit India yang menghidap wabak ini telah pun meninggal dunia.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: