Sejuta Penduduk Gaza Diambang Kematian, Kebuluran – PBB
NEW YORK, 16 Jun 2024 – Lebih satu juta penduduk Gaza dijangka menghadapi kematian dan kebuluran menjelang pertengahan Julai.
Menurut kenyataan Setiausaha Agung Rendah Untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths, konflik telah menyemarakkan kelaparan di terlalu banyak pelosok dunia seperti dari Mali ke Myanmar namun di Gaza dan Sudan, pilihan untuk tidak bertindak dan kelalaian begitu jelas.
Di Gaza, separuh daripada penduduk atau lebih satu juta orang dijangka menghadapi kebuluran menjelang pertengahan Julai.
Di Sudan pula, sekurang-kurangnya lima juta orang juga berada di ambang kebuluran di mana komuniti di lebih daripada 40 kawasan panas kelaparan berisiko tinggi untuk terjerumus ke dalam kebuluran dalam bulan yang akan datang termasuk di kawasan [erang iaitu Aj Jazirah, Darfur, Khartoum dan Kordofan.
Kata Griffiths, di kedua-dua Gaza dan Sudan, pertempuran sengit, sekatan yang tidak dapat diterima dan dana yang terhad menghalang pekerja bantuan daripada menyampaikan makanan, air, penjagaan kesihatan dan bantuan menyelamatkan nyawa lain pada skala yang diperlukan untuk mengelakkan kebuluran besar-besaran.