Tempatan

Ibu Sarat Mengandung Diserang Anjing Jiran Kondominium

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 13 Jun 2022 – Seorang wanita yang sarat mengandung mengalami kecederaan setelah diserang oleh anjing yang dimiliki oleh jirannya di kawasan letak kereta sebuah kondominium di Batu 9, Cheras, pada hari Sabtu minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid bin Hassan berkata kejadian itu berlaku pada pukul 5.45pm di kawasan tempat letak kereta kondominium semasa mangsa terlihat anjing itu cuba menyerang anak-anaknya.

Wanita itu kemudian meluru ke hadapan untuk melindungi anak-anaknya daripada diserang, secara tiba-tiba anjing itu merubah arah lalu menyerang beliau.

Wanita itu mendapatkan rawatan bagi kecederaannya di Hospital Serdang dan beliau dirujuk kepada klinik di hospital itu yang khusus untuk merawat gigitan haiwan.

Menurut ACP Mohd Zaid bin Hassan, penyiasatan menunjukkan bahawa anjing itu dimiliki oleh jirannya, seorang wanita yang berusia 38 tahun.

“Pengadu juga perlu menerima rawatan susulan di klinik gigitan haiwan di Hospital Serdang memandangkan wanita itu sedang hamil.”

“Siasatan dilakukan mendapati anjing itu adalah milik dan di bawah peliharaan seorang wanita berusia 38 tahun yang juga jiran mangsa. Semakan dilakukan mendapati wanita itu tidak mempunyai lesen sah untuk memelihara anjing berkenaan.”

“Kejadian dikatakan berpunca daripada pemilik anjing terbabit yang cuai terlepas tali pengikat menyebabkan haiwan berkenaan bertindak luar kawalan,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Muhammad Fadeli Safii di talian 012-5373134 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: