Tempatan

Sejarah Melayu Di Malaysia Perlu Disemak Semula – Prof Ahmad Murad Merican

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.  

KUALA LUMPUR, 05 Februari 2023 – “Sejarah Melayu di Malaysia ini perlu banyak disemak semula. Sejarah orang Melayu, sejarah Malaysia, sejarah umur Malaysia,” ujar alumni program Komunikasi Massa UiTM, Datuk Dr Ahmad Murad Merican.

Beliau menjelaskan bahawa ianya adalah sebagai reaksi kepada trend-trend pihak luar yang mahu mendominasi sejarah tanah air sekali gus meluruskan apa tidak diketahui dan apa yang telah hilang.

BACA JUGA : Lebur Besi Perlukan Teknologi Tinggi

BACA JUGA: Peradaban Dengan Orang Melayu Tidak Boleh Terpisah – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Norway Sekat Majlis Bakar Al-Quran Atas Sebab Keselamatan

Datuk Dr Ahmad Murad Merican juga memaklumkan, sejarah banyak dipadamkan, dipesongkan salah satunya dari pihak-pihak tertentu, dan juga dalam kehidupan seharian kita sendiri, ujar beliau.

“Kita tidak bersungguh-sunggguh untuk mengetahui diri kita, apa identiti kita sebelum kita memeluk agama Islam.”

Beliau juga berpandangan, tidak semestinya apa yang dikatakan bukan Islam itu tidak boleh dikaji, sebaliknya yang perlu dilihat adalah persamaan masyarakat melayu, sejarah melayu dengan sejarah lain-lain.

Mengulas berkenaan forum ‘Peradaban Alam Melayu’ yang diadakan semalam, di mana beliau yang turut hadir berkata, forum sebegini baik dilakukan sebagai satu pencerahan, malah kegiatan seperti ini perlu diteruskan serta perlu disertai dengan strategi-strategi yang mantap supaya wacana ini boleh disebar luaskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: