“Sejak Saya Jadi Ahli Dewan Perundangan, Umat Islam Sudah Berhenti Pakai Kopiah” – Raghvendra Pratap Singh
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NEW DELHI, 23 Februari 2022 – Tular video ucapan ADUN dari Parti Bharatiya Janata (BJP), Raghvendra Pratap Singh menyeru pelancaran keganasan terhadap umat Islam di samping mendakwa mana-mana penganut Hindu yang enggan mengundi memilihnya dalam pilihan raya Uttar Pradesh mempunyai darah Muslim dalam tubuh.
Video tular yang dirakamkan pada 19 Februari itu menunjukkan Raghvendra berulang kali memaki umat Islam, berikrar untuk membantai mereka sekiranya mereka “menghina orang Hindu dan merenung pada gadis Hindu”.
Antara petikan ucapannya dalam video itu yang diterjemahkan oleh wartawan Alishan Jafri:
“Mana-mana Hindu yang tidak undi aku mempunyai darah Miyan dalam tubuhnya. Dia adalah pengkhianat. Dia adalah anak haram Jaichand. Dia adalah anak dosa bapanya… Aku beri amaran pada kamu kali ini…pengkhianat agama Hindu akan dihancurkan.”
“Any Hindu who doesn’t vote for me has Miyan bl0od in his veins. He’s a trait0r. He is bast@rd son of Jaichand. He’s a haramkh0r son of his father…I am giving warning this time…trait0rs of Hindu religion will be destroyed.”
BJP MLA Raghvendra Singh asking for Hindu votes. pic.twitter.com/YWOBlXlz81
— Alishan Jafri (@alishan_jafri) February 21, 2022
Raghvendra berkata lagi, “Walaupun dengan semua jenis kebengisan, sekiranya seseorang Hindu itu pergi berpindah ke pihak satu lagi, jangan harap dia boleh tunjukkan mukanya di jalanan lagi. Kalau kamu masih tidak faham dengan amaran ini, aku akan tunjukkan pada kamu siapa Raghvendra Singh ini.”
“Aku tak kisah jika kamu hina atau khianat aku, tapi jika kamu cuba untuk hina masyarakat Hindu kita, aku akan jahanamkan kamu,” tegas beliau.
Raghvendra mendakwa “keganasan ‘miyan-miyan‘ (istilah menghina umat Islam) sudah pun berkurangan sejak beliau berkuasa.
Beliau juga memberi amaran kepada umat Islam bahawa mereka akan dihalau ke Pakistan sekiranya mereka berani untuk melihat kepada wanita Hindu.
“Dengar sini orang-orang Islam, jika ada Hindu yang dihina dan jika kamu lihat kepada mana-mana gadis Hindu, aku akan buat kamu dibantai secukupnya dan ditetak secukupnya….sehinggakan…” gertak beliau, sebahagian daripada gertakannya tenggelam dengan jeritan ‘Jai Shri Ram’ sahut menyahut, laungan yang mengagungkan sembahan masyarakat Hindu.
Raghvendra akan bertanding menentang lawan dari Parti Samajwadi, Saiyada Khatoon, yang pernah dikalahkannya dengan sekadar undi tipis 171 pangkah pada tahun 2017.
Raghvendra juga berkata, “Sejak saya menjadi ADUN, mereka (umat Islam) sudah berhenti memakai kopiah. Jika kamu undi saya sekali lagi, mereka akan mula calit tilak.”
“Akan ada ‘Jai Shri Ram’ atau ‘Walekum Salam’?” sambungnya lagi. Sewaktu para penyokongnya menjerit ‘Jai Shri Ram‘, Raghvendra meminta mereka bersumpah atas nama Dewi Durga bahawa mereka akan menyokong partinya.
“Dewi Durga di sini bersama kita, bersumpahlah sekali di depannya.”