Tempatan

MUDA Jadi Kuasa Ketiga, Bakal Bekerjasama Dengan Tokoh ‘Buangan’ UMNO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – Terdapat maklumat dalaman yang menyatakan bahawa parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkemungkinan akan memilih untuk menjadi kuasa ketiga bagi Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Maklumat yang dilaporkan oleh portal tempatan menyatakan bahawa terdapat orang dalaman Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan bahawa parti yang diterajui oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu akan mengumumkan perancangan pilihan raya mereka pada hari ini.

BACA JUGA: GEMPAR! Rumah Hanyut Ke Tengah Laut Angkara Ribut

BACA JUGA: Tanah Adat Dirampas Pihak Ketiga, Peribumi Sabah Ke Pejabat PM Tuntut Hak

BACA JUGA: Puak LGBT Turkiye Langgar Larangan Perhimpunan Pride, 50 Ditahan

Maklumat yang sama juga turut menyatakan bahawa MUDA turut mempunyai niat untuk bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO yang sedang digantung dan juga mantan ahli-ahli UMNO.

Sumber maklumat yang sama juga seterusnya menyatakan bahawa MUDA mempunyai tujuan untuk memecahkan undi terutamanya di Negeri Selangor yang mana mereka mempunyai pengikut yang agak ramai.

Terdapat juga maklumat yang menyatakan bahawa PH tidak berminat untuk menjemput MUDA bagi bersama-sama dalam mesyuarat.

Sumber turut menyatakan bahawa sokongan terhadap Syed Saddiq telah berkurang sewaktu Pilihan Raya Umum tahun lalu dan ini menunjukkan bahawa populariti parti tersebut kini sedang menurun.

Malah, terdapat juga sumber maklumat daripada MUDA sendiri yang menyatakan bahawa terdapat perbincangan yang sedang berjalan berkenaan dengan penyertaan mereka di dalam Pilihan Raya Negeri dan perbincangan tersebut kini sedang dalam proses penggulungan.

Sumber maklumat yang sama juga menambah bahawa pihak MUDA akan mengumumkan keputusan mereka secara terbuka tidak lama lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: