Tempatan

‘Madrasah Militan’: Saman Fitnah 10 Juta Menyusul

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – Susulan kenyataan pihak polis mengenai isu tular baru-baru ini mengenai dakwaan palsu seorang remaja kononnya dia didera secara mental dan fizikal ‘ala militan’ di Madrasah Darussolihin, Jalan Kebun, Klang, Ustaz Masridzi Sat, Presiden PERKID memaklumkan, pihak madrasah akan membuat saman fitnah sebanyak RM10 juta jika pihak remaja tersebut tidak meminta maaf.

“Selesai pihak peguam hantar notis saman fitnah, tempoh tujuh hari untuk mohon maaf atau berdepan ganti rugi RM10 juta… Jumpa di mahkamah,” tegas beliau melalui satu hantaran di Facebook.

“Kita bersatu memerangi fitnah dan mempertahankan institusi madrasah agama yang membimbing anak-anak bangsa yang rosak akidah dan akhlaknya untuk kembali berubat dan bertaubat ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT,” katanya selepas selesai menghadiri satu sidang media semalam berkaitan isu ini.

Walau bagaimanapun, pada 23 Ogos lalu, mangsa dikatakan telah membuat laporan polis dan menyatakan bahawa dirinya tidak dipukul oleh pihak madrasah namun, laporan kedua pada 25 September lalu pula menyatakan, dia dipukul oleh pihak madrasah walaupun hasil pemeriksaan lanjut di Hospital Shah Alam mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

Menurut laporan media tempatan, siasatan pihak polis mendapati tiada sebarang kecederaan berlaku kepada remaja yang dihantar ke madrasah itu untuk pemulihan dadah dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya terhadap laporan yang dibuat.

Bagaimanapun, Zuraina Zamri, 45, ibu kepada remaja berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membuat laporan palsu berhubung kes ini dan mengaku tidak bersalah.

Beliau didakwa telah melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, serta boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: