NGO

Segera Muktamadkan Teks Perlembagaan Bahasa Melayu – Ketua Wirawati PUTRA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. Wirawati menyarankan penggunaan teks Perlembagaan dalam Bahasa Melayu dimuktamadkan segera. Ini selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.

2. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kita sudahpun melepasi lebih setengah abad kemerdekaan dan sepatutnya kita tidak lagi perlu bergantung kepada Bahasa Inggeris sebagai medium bahasa bagi Perlembagaan Persekutuan.

3. Perlembagaan Persekutuan yang wajib dipakai adalah dalam Bahasa Melayu, yang mana konteksnya ibu atau bapa, bukan ‘parents’ yang memaksudkan anak itu terpaksa mengikut kedua-duanya.

4. Sebagai sebuah negara Kerajaan perpaduan hari ini sewajarnya kita mengutamakan prinsip untuk memartabatkan isi kandungan Perlembagaan Persekutuan.

5. Jika ada kekeliruan ataupun maksud yang bercanggah ia sepatutnya sudah dibincangkan di peringkat penterjemahan bersama pakar Perlembagaan, sekiranya terdapat maksud yang bercanggah atau membawa maksud yang berbeza ia boleh dipinda pada masa akan datang.

6. Jangan cuba memomokkan atau mempolitikkan perkara seumpama ini kerana ia akan memberi pandangan negatif masyarakat kepada penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi negara.

Sekian.

Nurhafizah Jamalludin
Ketua Wirawati PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: