Tempatan

Rakyat Belum Berpuas Hati Cara Kerajaan Perpaduan Urus Inflasi Dan Ekonomi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Sebahagian besar rakyat masih belum berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menangani isu inflasi dan kos sara hidup, menurut kajian.

Dapatan tersebut adalah hasil kaji selidik oleh pusat penyelidikan pendapat awam, Endeavour-MGC yang didedahkan pada Selasa.

BACA JUGA: Masalah Belia Memaksa Industri Terus Ambil Pekerja Asing

BACA JUGA: Awesome TV Tempelak Menteri, Buat Kenyataan Tanpa Kajian Mendalam

BACA JUGA: LRT Bertembung: Prasarana Dakwa Mangsa Cuai

Kajian itu menggunakan persampelan rawak berstrata membabitkan 1,068 responden, 791 daripadanya adalah responden Melayu dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.

Kaji selidik menunjukkan kira-kira 52 peratus responden Melayu dan 46 peratus responden semua kaum tidak berpuas hati dengan hal itu, manakala 22 peratus daripada keseluruhan responden mahu dua isu berkenaan diberikan fokus utama, dan kira-kira 21 peratus responden Melayu menyuarakan hal sama.

GAMBAR-1.jpg?resize=466%2C317&is-pending-load=1#038;ssl=1
Selain itu, kajian turut mendapati sebanyak 57 peratus dan 48 peratus masing-masing daripada responden semua kaum dan Melayu berpuas hati dengan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Namun begitu, peratusan responden Melayu yang tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan agar tidak membenarkan satu lagi pengeluaran khas simpanan dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah paling tinggi iaitu 51 peratus, manakala responden semua kaum sebanyak 44 peratus.

GAMBAR-2.jpg?resize=441%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: