Tempatan

Voluntary Mukhayyam Ini Baik Dan Mendapat Permintaan – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 26 April 2022 – “Saya seronok dapat feedback jujur sebegini. Mereka yang datang ini adalah mereka yang nak mendekati agama. Mereka bertanya bila lagi nak buat mukhayyam,” luah Lukman Sheriff di dalam Facebook miliknya usai majlis iftar bersama masyarakat transgender pada Rabu lepas.

Majlis iftar dan sesi dialog ini merupakan anjuran YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa Bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Majlis Amal Islami Malaysia, Persatuan INSAF Pahang dan lain lain lagi.

Menurut beliau, ramai yang hadir menyatakan keseronokan program ini, bahkan ada yang mengadu mengapa jemputan terhad kepada 30 orang sahaja, sedangkan ramai lagi yang di luar sana ingin sertai program seperti ini.

“Mereka seronok dapat belajar benda asas. Ambil wuduk betul. Sembahyang sama-sama. Menimba ilmu. Lain orang lain pengalaman dan motivation tetapi semuanya gaya seronok.”

Katanya lagi, mukhayyam adalah sebuah program yang mendedahkan mereka dengan ilmu agama secara sukarela dan jelas memberi kesan positif.

Jelasnya, walaupun program ini tidak berjaya mengubah mereka sepenuhnya, setidak-tidaknya ada yang mula berubah.

“Satu persatu yang bercakap kata mereka mula berubah. Ada yang banyak berubah. Ada yang masih dalam perubahan. Yang membuat saya gembira adalah melihat gaya mereka seronok mendekati agama.”

Tambahnya, masyarakat yang kononnya pejuang hak asasi manusia tetapi menidakkan majlis ilmu mukhayyam sebegini sebenarnya cuba menidakkan hak beragama mereka.

Masyarakat seperti itu sering menipu dan memburukkan program ini dengan melabelkan “conversion therapy” membawa konotasi yang sangat negatif sedangkan mukhayyam ini adalah program yang dihadiri secara sukarela.

“Golongan ini tidak patut disisihkan dari hak agama mereka. Sama ada mereka mahu kepada agama sepenuhnya atau tidak kita serahkan kepada Hidayah Allah. Tetapi untuk menidakkan mereka dari belajar tentang agama ini sudah melampaui batas. Mereka yang menentang ini bukan pejuang hak asasi manusia. Mereka inilah yang mencabuli hak beragama golongan transgender,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: