Antarabangsa

Sedar Anak Dibasuh Otak, “Deprogrammers” Kini Dicari-Cari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 10 Januari 2023 – Ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) kini semakin menyedari bahawa anak-anak mereka sudah mengalami proses pendidikan yang menjurus kepada indoktrinasi terhadap ideologi-ideologi yang bersifat “hard-left” di sekolah.

Justeru mereka kini menerima hakikat bahawa anak-anak mereka yang telah menerima proses indoktrinasi itu perlu menjalani proses “de-program”.

BACA JUGA: Saudi Lanjutkan Tempoh Penjara Ulama 

BACA JUGA: Babi Masuk Kabinet: Kenali 3 Rukun Politik Orang Cina – Ridhuan Tee Abdullah

BACA JUGA: Denda Tinggi, Penjara Jika Terlibat Ajaran Sesat –MAIS 

Menurut para ibu bapa itu, ideologi yang bersifat “hard-left” yang telah diterapkan kepada anak-anak mereka di sekolah adalah berkaitan dengan isu-isu seperti “political correctness”, perbahasan mengenai jantina serta isu perkauman.

Sebagai contoh, seorang ibu kepada lima orang anak yang kini tinggal di Manhattan menyatakan bahawa beliau melihat proses indoktrinasi terhadap ideologi berkenaan jantina dan bangsa bermula di salah sebuah akademi swasta mewah dan ianya menjadi lebih teruk apabila anak-anak gadisnya melanjutkan pelajaran ke kolej.

Menurutnya lagi,

“Saya bergaduh dengan beberapa anak gadis saya hanya kerana saya tidak mahu mendapatkan gelas Starbucks yang terdapat padanya gambar “Rainbow pride”. Gelas itu telah menjadi sebab pergaduhan yang besar.”

Salah seorang “deprogrammer”, K. Yang yang merupakan bekas aktivis bagi hak-hak gay dan pondan di New York mengatakan bahawa beliau telah menjalankan proses “de-program” terhadap dirinya sendiri sebelum menjadi “de-programmer” sepenuh masa pada tahun 2018.

Beliau turut menyatakan bahawa kini beliau amat sibuk dengan tugasannya itu berikutan ramai ibu bapa kini telah bingung. Menurutnya ramai dari kalangan ibu bapa yang menyedari akan perubahan pada kelakuan anak-anak mereka. Menurutnya,

“Perkara ini banyak terjadi, dan ianya adalah seperti sebuah kultus. Hanya saja ibu bapa tidak menyedari bahawa anak-anak mereka sedang diindoktrinasi, bukan dengan cara kultus yang lama namun melalui sekolah-sekolah dan alat peranti mereka. Ini berlaku pada anak-anak di semua tempat, walaupun daripada keluarga yang kuat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: