Sebar Naratif Pro-Israel, Al-Arabiya Diusir Dari Gaza
TEHRAN, 12 Ogos 2024 – Saluran berita televisyen milik Arab Saudi, Al-Arabiya telah diusir keluar dari Semenanjung Gaza susulan menyebarkan naratif palsu yang bersifat pro-Israel dan anti-Gaza.
Sumber melaporkan, pasukan Al-Arabiya diusir keluar malah wartawan mereka juga tidak lagi berhak membuat liputan berita Gaza kerana laporan berat sebelah terhadap rejim Zionis Israel.
Mereka telah menyebarkan naratif palsu mengenai jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza termasuk yang terakhir mengenai jenayah di Sekolah Al-Tabin.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Al-Arabiya didakwa membuat liputan pro-Israel yang mencetus kemarahan rakyat Palestin dan Arab di media sosial.
Pertengahan Julai lalu, Zionis Israel membunuh sekurang-kurangnya 90 orang di kem al-Mawasi Khan Yunis yang sebelum ini ditetapkan sebagai ‘zon selamat’ untuk orang awam Palestin.
Bagaimanapun, Israel kononnya mendakwa serangan itu adalah sebahagian daripada operasi yang menyasarkan ‘komander kanan Hamas’.
Menurut pihak yang marah, Al-Arabiya hanya melaporkan berita palsu dari pihak Zionis tanpa menyebut sanggahan Hamas dan mengabaikan sepenuhnya keterangan saksi, video serta laporan serangan terhadap orang awam.